Pengenalan Kemahiran Generik
Menurut kamus dewan (2002), Generik bermaksud umum,
berkaitan dengan ciri-ciri khusus yang dimiliki oleh sesuatu kelompok, golongan
dan lain-lain. Oleh itu, kemahiran generik dapat dihuraikan di sini iaitu
kemahiran yang ada pada diri seseorang secara semulajadi atau dilatih seperti
kemahiran interpersonal, komunikasi menyelesaikan masalah, menggunakan idea dan
teknik matematik.
KEMAHIRAN INSANIAH
· ➤ Kemahiran berkomunikasi
· ➤ Pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah
· ➤Kemahiran berpasukan
· ➤Pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat
· ➤Kemahiran keusahawanan
· ➤Moral dan etika professional
· ➤Kemahiran kepimpinan
KEMAHIRAN BERKEPIMPINAN
Definisi
➥Pemimpin ➞ Ditafsirkan sebagai seorang yang diiktiraf oleh satu atau
lebih daripada satu orang, di mana pemimpin tersebut mempunyai pengaruh,
berwibawa dan mempunyai kuasa.
➥Memimpin ➞ merupakan satu tindakan atau satu siri aktiviti yang
dilakukan oleh seorang individu, dan individu itu memainkan peranan kepimpinan,
menggunakan pengaruhnya terhadap orang lain iaitu pengikutnya ke arah
pencapaian matlamat.
PRINSIP KEPIMPINAN
· ⇒Memahami diri sebagai pemimpin
· ⇒Menguasai kemahiran teknikal
· ⇒Mencari peluang untuk menjalankan tanggungjawab menurut kemampuan
· ⇒Berupaya menyelesaikan masalah dan membuat keputusan dengan cekap
· ⇒Menjadi contoh yang terbaik
· ⇒ Memastikan ahli
kumpulan diberikan maklumat apabila perlu.
· ⇒Wujudkan hubungan berasaskan rasa
hormat antara satu sama lain
· ⇒Pastikan anggota faham akan
langkah-langkah mencapai matlamat
· ⇒peluang latihan kepada anggota sebagai
sebuah pasukan
· ⇒ Menggunakan secara
maksimum kebolehan anggota sebuah pasukan dengan semangat kekitaan yang tinggi.
FUNGSI PEMIMPIN
Fungsi tugasan ➜ -
Memahami, merancang dan menyelesaikan tugas
- Memberi tugasan, mengawal perjalanan kerja dan menilai
Fungsi kumpulan ➜ - Pemimpin
menjadi contoh
- Berkomunikasi dan kekal berdisiplin
Fungsi terhadap individu ➜ - Melibatkan anggota pasukan dalam perbincangan dan aktiviti
- Meningkatkan
kemahiran individu.
Ciri-ciri Penting bagi seorang Ketua :
1. Berpengetahuan
ü ⏩Dalam menjayakan sesebuah organisasi ke arah kecemerlangan , seseorang
pemimpin itu juga mestilah berpengetahuan.
ü ⏩Himpunan ilmu akan terikat untuk dipindahkan kepada anak buah
ü ⏩Contoh : berpengetahuan teknologi
⏩ Menggunakan akal kebijaksanaan.
2. Pendorong
ü ⏩Untuk merealisasikan kecemerlangan di dalam sesuatu organisasi,
seseorang pemimpin perlu memberi dorongan kepada pekerjanya.
ü ⏩ Sebagai usaha untuk memupuk pekerja melakukan kerja dengan cara terbaik
ü ⏩Gelagat/ sikap yang ada pada pekerja boleh dikesan dan dikenalpasti oleh
pemimpin.
ü ⏩Model oleh Abraham Maslow – “tingkat kehendak Maslow”: meletakkan
manusia sebagai makhluk yang mempunyai peringkat tertentu.
3. Nilai dan etika
ü ⏩Untuk mencapai matlamat sesebuah organisasi, seseorang pemimpin perlu
mempunyai nilai dan etika- merumus, memperjelas and menghayati budaya
kecemerlangan di dalam organisasi.
ü ⏩Perlu peka menjadi teladan kepada ahlinya dan memperkukuhkan amalan
serta budaya cemerlang.
ü ⏩Pemimpin perlu merangka panduan nilai dan etika supaya dapat membawa organisasi
ke arah mencapai matlamat kecemerlangan yang diinginkan.
ü ⏩Pemimpin memainkan peranan utama dalam pengurusan organisasi untuk
mencapai matlamat.
4. Kesilapan dalam kepimpinan
ü ⏩Adalah suatu
kesilapan sekiranya seseorang pemimpin itu melibatkan diri secara langsung
dengan perkara-perkara yang sepatutnya menjadi tanggungjawab orang di bawahnya.
Ini menyebabkan mereka kurang menghormatinya.
ü ⏩Mengeluarkan
arahan yang tidak dijelaskan terlebih dahulu. Cara yang paling sesuai ialah
membincangkan setiap arahan yang ingin dikeluarkan terlebih dahulu dan meminta
pendapat pendapat ahli kumpulan.
ü ⏩Memaksa
orang-orang bawahan untuk taat kepada seseorang pemimpin, kerana ini boleh
menjejaskan inisiatif mereka.
Kemahiran yang perlu ada sebagai
seorang pemimpin :
a) Pintar dan pandai
b) Pengetahuan tentang tugas dan
tanggungjawab
c) Berdiplomasi dan bijaksana
d) Kebolehan berkomunikasi
e) a) Senang menyesuaikan diri dengan
keadaan
f) Bekerjasama
g) Tegas
h) Berkeyakinan diri
i) Bertanggungjawab
j) Boleh menghadapi tekanan
Membangunkan kemahiran kepimpinan :
- Kemahiran Mentadbir/ Mengurus
-Mengurus manusia
-Mengurus sumber
-Menunjukkan kompetensi
- Kemahiran Interpersonal
-Sensitif kepada persekitaran sosial
-Mengurus konflik interpersonal
-Menunjukkan kepintaran emosi
- Kemahiran Mengkonsepsi
-Menyelesaikan masalah
-Perancangan strategik
-Mencipta wawasan
*Pembangunan kemahiran berkepimpinan
dalam kalangan pelajar dapat dilaksanakan menerusi proses pengajaran dan
pembelajaran.
KEPENTINGAN KEMAHIRAN KEPIMPINAN DI IPG
Kemahiran
berkepimpinan adalah penting sebagai seorang siswa guru dan semua pelajar
kerana memimpin dan mengurus berkait rapat dengan kehidupan seharian. Di IPG,
pembelajaran adalah berasaskan pembelajaran dan latihan untuk menjadi seorang
guru. Antara contoh sesi pembelajaran yang memerlukan kemahiran kepimpinan
adalah sewaktu sesi pembentangan kumpulan. Kemahiran kepimpinan adalah sangat
diperlukan untuk menarik minat penonton atau rakan sekelas mengenai
pembentangan kita, Selain itu, program Bina Insan Guru serta menghadiri
praktikum juga adalah salah satu dalam silibus pembelajran di IPG yang
memerlukan kepada kemahiran kepimpinan. Sebagai contoh, menghadiri praktikum
pada semester 5 dan 7. Siswa guru perlu untuk mengajar, mendidik dan memimpin
anak-anak murid di sekolah rendah sesuai dengan tahap umur mereka. dalam konsep
ini, siswa guru bertindak sebagai pemipin manakala murid-murid bertindak
sebagai golongan yang dipimpin. Oleh itu, para pelajar hendaklah mempunyai
kemahiran kepimpinan untuk mengendalikan program-program yang dianjurkan di
peringkat kampus sama ada dari segi akademik mahupun kokurikulum. Ini adalah
sebagai satu latihan kepada bakal guru-guru di IPG sebelum menjadi guru yang
sebenar.
IMPLIKASI KEMAHIRAN KEPIMPINAN TERHADAP
PEMBELAJARAN PELAJAR IPG
Persekitaran dan
budaya pembelajaran di IPG adalah jauh berbeza dengan situasi di universiti.
Persekitaran pembelajaran di IPG adalah suatu jenama untuk membentuk dan
melahirkan guru yang mengamalkan dimensi budaya seperti budaya ilmu, budaya
kepimpinan, budaya kerja professional, budaya akhlak dan moral, budaya penyayang
dan budaya estetika.
Dengan menguasai kemahiran
berkepimpinan pelajar IPG akan berkebolehan dalam -:
a) membuat keputusan
b) pemikiran reflektif
c) menghayati misi dan visi IPG serta
aspirasi negara
d) mempunyai idea-idea yang bernas
e) bermotivasi tinggi untuk
menggerakkan perubahan
f) berupaya menyelesaikan masalah
g) membimbing warga IPG ke arah
pengurusan kendiri yang berkesan
h) menjadikan pembelajaran sebagai
keutamaan
i) menetapkan ekspektasi dan pencapaian
yang tinggi
j) mengorientasikan kurikulum dengan
piawai pencapaian
k) mewujudkan komuniti belajar
sepanjang hayat
l) menyediakan pelbagai cara untuk
mentafsir dan menilai pembelajaran.
m) menyediakan sumber dan sistem untuk
membantu dan menyokong pembelajaran
n) kesetiaan kepada organisasi
Amatlah penting bahawa
persekitaran pelajar-pelajar IPG untuk menguasai kemahiran berkepimpinan dalam
merealisasikan misi untuk melahirkan guru yang kompetan dan berjiwa pendidik
melalui program pembangunan guru yang dinamik ke arah pendidikan sekolah bertaraf
dunia.
OLEH : ANIS NABILA MOHD ASRI
PPISMP BNK (SK)
No comments:
Post a Comment