Thursday 28 September 2017

KEMAHIRAN GENERIK: KEMAHIRAN KOMUNIKASI


KEMAHIRAN KOMUNIKASI
 
 




Kemahiran komunikasi merupakan salah satu cabang dalam kemahiran generik. Pada kali ini, saya akan berkongsi serba sedikit mengenai kemahiran komunikasi meliputi aspek-aspek seperti berikut:
1. DEFINISI & KONSEP
2.  PROSES KOMUNIKASI
3. KOMUNIKASI BERKESAN
4. JENIS-JENIS KOMUNIKASI
5. BENTUK-BENTUK KOMUNIKASI
6. HALANGAN KONUMIKASI
Jom mula!!!
1. DEFINISI & KONSEP
                Kemahiran komunikasi merupakan pemindahan maklumat dan makna daripada satu pihak(penghantar) kepada pihak yang lain (penerima). Ini berlaku melalui perbualan dan percakapan. Jika seseorang itu tidak mampu berbicara, bahasa badan yang digunakan dan boleh diterjemahkan juga boleh dikategorikan sebagai proses komunikasi.
2. PROSES KOMUNIKASI
                Untuk memberikan kefahaman yang lebih jelas kepada anda, saya telah sediakan satu rajah bagaimana proses komunikasi ini berlaku.

PENGHANTAR   -->    ENKOD   -->   SALURAN  -->   DEKOD  -->  PENERIMA

MAKLUM BALAS: PENGHATAR + PENERIMA


                          
Definisi penghantar, enkod, saluran, dekod, penerima, maklum balas adalah:

*      Penghantar: Individu yang memulakan komunikasi
*      Enkod: Proses menterjemah maklumat dalam bentuk simbol seperti perkataan atau suara supaya mudah difahami oleh penerima
*      Saluran: Medium yang digunakan sebagai alat perantaraan  untuk menghantar mesej daripada penghantar kepada penerima seperti pembentangan.
*      Dekod: Penerima cuba memahami tulisan atau gambar untuk memahami maksud mesej
*      Penerima: Sasaran individu atau kumpulan yang akan menerima mesej
*      Maklumbalas: Tindak balas yang dihantar oleh penerima kepada penghantar setelah mentafsir sesuatu maklumat. Penerima mepumyai hak dan peluang untuk menyuarakan sama ada bersetuju atau tidak bersetuju.

Sekiranya kita mahir dalam kemahiran komunikasi, kita akan menguasai kemahiran-kemahiran lain seperti:
Kebolehan menyampaikan idea dengan terang, berkesan dan dengan penuh yakin secara lisan dan bertulis.
Kebolehan mengamalkan kemahiran mendengar yang aktif dan memberi maklum balas Kebolehan membuat pembentangan secara jelas dengan penuh keyakinan dan bersesuaian dengan tahap pendengar
 Kebolehan menggunakan teknologi dalam berkomunikasi

                Kemahiran komunikasi boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu:
1. Pesanan verbal
2. Pesanan paraverbal
3. Pesanan bukan verbal
Pesanan verbal
Pesanan paraverbal
Pesanan bukan verbal
Pesanan yang disampaikan secara ringkas dan tersusun, bebas daripada jargon dan tidak menimbulkan rintangan kepada pendengar
Pesanan yang sampai melalui nada, intonasi dan suara bukan apa perkataan yang kita sebut.
Pesanan yang sampai melalui mimik muka yang betul serta gaya yang sesuai


3. KOMUNIKASI BERKESAN
                Haaa, macam mana kita nak tahu sama ada komunikasi kita berkesan ataupun tidak? Baiklah, komunikasi berkesan akan memenenuhi ciri-ciri berikut:
Mesej yang disampaikan difahami dengan tepat dan jelas oleh penerima
 Makna mesej difahami dan dikongsi bersama oleh penghantar dan penerima
 Perubahan yang berlaku (sekiranya dikehendaki) akibat mesej adalah seperti perubahan yang dikehendaki pengguna Mesej yang disampaikan mempunyai unsur kos-efektif

4. JENIS-JENIS KOMUNIKASI
                Komunikasi boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu:
KOMUNIKASI LISAN – Komunikasi dengan kata-kata.
KOMUNIKASI BUKAN VERBAL – Komunikasi bukan lisan.
KOMUNIKASI BERTULIS – Komunikasi melalui penulisan.

KOMUNIKASI LISAN

 
 


          

PERBENDAHARAAN KATA

Kemampuan mengolah kata dan penguasaan perbendeharaan kata yang luas sangat penting dalam komunikasi.
•Pemilihan perkataan yang tidak mempunyai erti jelas atau yang samar-samar maksudnya boleh menimbulkan salah faham.

KELAJUAN

Pengaturan kelajuan berbicara yang baik (tidak terlalu cepat atau lambat) akan menyebabkan komunikasi lebih efektif.

INTONASI
•Kemampuan memberikan intonasi yang tepat dan betul pada katakata yang dipilih akan mempengaruhi erti mesej.
•Maksud mesej akan berbeza apabila diucapkan dengan intonasi yang berbeza.

HUMOR

Kemampuan menyampaikan sesuatu mesej dalam bentuk humor dapat mengurangkan beban penerima.
•Mesej tersebut akan menimbulkan suasana santai dan dapat diterima baik oleh penerima.

SINGKAT DAN JELAS

Kemampuan menyampaikan isi mesej secara singkat dan jelas yang terus kepada pokok masalah supaya senang difahami akan menghasilkan komunikasi yang berkesan.

EKSPRESI WAJAH

 Ekspresi wajah dapat menyebabkan komunikasi
Contoh:
~marah
~kecewa






KOMUNIKASI BUKAN VERBAL
 
 




EKSPRESI WAJAH
 Ekspresi wajah dapat menyebabkan komunikasi menjadi berkesan atau sebaliknya.  Wajah sendiri merupakan sumber yang kaya dengan komunikasi dan mencerminkan suasana hati & emosi seseorang.
PANDANGAN MATA
 Ini merupakan isyarat ilmiah untuk berkomunikasi.  Dengan mengadakan pandangan mata sewaktu berinteraksi bererti orang tersebut menghargai teman bicaranya dengan kemahuan untuk memerhatikan.
SENTUHAN
 Beberapa mesej seperti perhatian, sokongan emosi, kasih sayang atau simpati dapat diwujudkan dengan sentuhan.
GAYA TUBUH DAN GAYA BERJALAN
 Posisi tubuh dan gaya berjalan memperlihatkan ekspresi dirinya, mencerminkan emosinya, konsep diri dan tahap kesihatannya.

KOMUNIKASI BERTULIS
 
 




FAKTA
 Pandangan yang didapati dari teoti-teori, prinsip, falsafah dan ideologi merupakan bahan yang dapat penulis ilmiah gunakan sebagai fakta.
GAYA
 Pengetahuan tatabahasa & keupayaan menggunakan perkataan yang tepat dan sesuai serta olahan bahasa yang menarik dapat menghasilkan penulisan yang berkesan.
LARAS
 Laras adalah penggunaan bahasa mengikut bidang-bidang yang tertentu dan berdasarkan konteks dan situasi yang tertentu.
PENGOLAHAN
 Pengolahan yang baik melibatkan penggunaan bahasa secara berkesan,menggunakan format dan bentuk penulisan yang ringkas,padat,mengalir,bersinambungan dan bertaut.
BAHASA
 Bahasa yang digunakan ialah bahasa yang berasaskan prinsipprinsip tatabahasa. Ia haruslah mudah dibaca, difahami dan dinikmati.
5. BENTUK-BENTUK KOMUNIKASI
                Antara bentuk-bentuk komunikais adalah:
KOMUNIKASI INTRAPERSONAL
KOMUNIKASI INTERPERSONAL
 KOMUNIKASI BERKUMPULAN
 KOMUNIKASI ORGANISASI
 KOMUNIKASI AWAM
 KOMUNIKASI SILANG BUDAYA
 KOMUNIKASI BERASASKAN TEKNOLOGI
Komunikasi Intrapersonal
Definisi: berkomunikasi secara bersendirian tanpa melibatkan orang lain. Semua ini berlaku dalam fikiran individu.
 Tujuan : i) Individu lebih memahami kelemahan serta kelebihan dirinya sendiri.
ii) Memperkuat emosi dari segi pemujukan, penerimaan dan pembangunan diri.
Komunikasi Interpersonal
Definisi: Dua individu terlibat dan saling menghasilkan serta menafsirkan maklumat.
 Tujuan; i) Bertujuan membina hubungan sosial atau mengukuhkan pertalian silaturrahim.
 ii) Jalinan hubungan interpersonal yang terbina dapat membentuk satu sistem sokongan sosial yang baik terutamanya dalam situasi apabila individu menghadapi masalah.
Komunikasi Berkumpulan
Melibatkan lebih daripada dua orang individu.
 Komunikasi kumpulan kecil boleh melibatkan kelompok sehingga 25 orang malah lebih lagi dalam satu kumpulan besar.
 Ciri-cirinya ialah saiz kumpulan yang sesuai, tingkat interaksi, peranan ahli, kesepakatan dan faham matlamat yang perlu dicapai.
Komunikasi Organisasi
Dalam sebuah organisasi terdapat kelompok kumpulan kecil yang bebas, berwibawa dan berpusat di bawah suatu pemusatan kuasa yang lebih besar. Ia lebih rumit kerana melibatkan jumlah yang sangat besar dan protokol yang tertentu pula.
 Arah aliran komunikasi
- Komunikasi atas bawah: melibatkan pemakluman arahan, dasar, pengumuman serta tunjuk ajar daripada pihak atasan kepada perigkat bawahan.
 - Komunikasi bawah atas: melibatkan pula misalnya maklum balas, aduanm perbincangan daripada pekerja bawahan kepada pihak atasan.
- Komunikasi mendatar: lebih berbentuk pengecilan jurang antara pekerja atasan dengan pekerja bawahan. Kaedah komunikasi ini sering digunakan dalam sesebuah organisasi seperti lawatan dari satu jabatan ke jabatan yang lain serta mesyuarat jawatankuasa.
Komunikasi Awam
Melibatkan komunikasi seorang komunikator dengan sejumlah besar pendengar atau dengan rujukan lain sering disebut sebagai khalayak
  Bentuk-bentuk pengucapan awam ialah pengucapan awam yang bersifat informatif dan pengucapan awam yang bersifat persuasif.
 Jenis-jenis PengucapanAwam
 - Ucapan spontan: disampaikan tanpa sebarang persediaan
. - Ucapan ekstemporan: ucapan jenis ini kelihatan seperti ucapan spontan tetapi sebenarnya pengucap telah bersedia terlebih awal dengan kandungan ucapan dan sebagainya. - Ucapan manuskrip: dalam ucapan jenis ini penyampai membaca manuskrip ucapan yang telah tersedia. Kaedah ini sering digunakan oleh orang kenamaan seperi Perdana Menteri, Seri Paduka Baginda Yang di-PertuanAgong dan sebagainya.
 - Ucapan Hafalan: ucapan begini lazimnya ringkas dan bertujuan untuk melayan khalayak. Ia lebih bersifat pengacaraan
Komunikasi Silang Budaya
Merupakan komunikasi yang melibatkan individu daripada latar budaya yang pelbagai.
  Halangan budaya bagi komunikasi silang budaya;
 - Bahasa atau mesej lisan: perbezaan linguistik yang begitu ketara boleh menyulitkan sesuatu komunikasi.
 - Bahasa atau mesej bukan lisan: terdapat budaya bangsa yang kaya dengan bahasa bukan verbal. Hanya bangsa itu sahaja mengamalkan bahasa verbal tersebut dan ini berbeza dengan budaya lain.
 - Kesan etnosentrisme: etnorisme adalah kecenderungan seseorang melihat bangsanya sendiri lebih baik dari bangsa lain. Ini mewujudkan pelbagai andaian negatif terhadap kelompok suatu bangsa lain.
- Sterotaip: kenyataan umum yang terbina melalui pemerhatian ciri yang lazim terhadap sebilangan kecil kelompok suatu bangsa.
 - Norma, resam & tuntutan moral: Kegiatan yang melanggar norma masyarakat akan menerima risiko dikenakan hukuman undang-undang yang berat dan jugak didiskriminasikan oleh masyarakat setempat, begitu juga apabila berlakunya penyimpangan adat resam dan jika melanggar tuntutan moral.
Komunikasi berasaskan teknologi
Komunikasi berasaskan teknologi adalah suatu bentuk komunikasi yang mana perantara utamanya ialah perkakas teknologi yang menjadi kegunaan utama komunikasi manusia dewasa ini.
 Teknologi komunikasi telah berperanan dalam hubungan antara pemerintah dan masyarakat. Misalnya dengan adanya laman sosial Facebook dan Twitter, politikus lebih mudah didekati, dan rakyat lebih mudah menyampaikan pandangan & kritikan.

6. HALANGAN KOMUNIKASI
Halangan Persekitaran: komunikasi boleh terhalang sekiranya keadaan persekitaran tidak sesuai atau tidak tenang.
 Halangan Sikap Penghantar: penghantar yang bersikap negatif akan menghalang kelancaran proses komunikasi dan memberi kesan kepada penerima mesej.
 Halangan Sikap Penerima: penerima yang mempunyai sikap dan persepsi yang negatif terhadap penghantar dan mesej yang dihantar akan menjejaskan keberkesanan komunikasi.
  Halangan Bahasa: penggunaan bahasa yang tidak sesuai dengan latar belakang, status, budaya, pemahaman, tahap pendidikan penerima serta sebutan yang kurang jelas akan menjadi suatu halangan komunikasi berkesan.
 Halangan maklumat Kurang Tepat dan Jelas: akan mengelirukan penerima.

DISEDIAKAN OLEH: NUR SYAFIHANIS BINTI SRAFI


No comments:

Post a Comment