|
Kemahiran komunikasi merupakan
salah satu cabang dalam kemahiran generik. Pada kali ini, saya akan berkongsi
serba sedikit mengenai kemahiran komunikasi meliputi aspek-aspek seperti
berikut:
1. DEFINISI & KONSEP
2. PROSES KOMUNIKASI
3. KOMUNIKASI BERKESAN
4. JENIS-JENIS KOMUNIKASI
5. BENTUK-BENTUK KOMUNIKASI
6. HALANGAN KONUMIKASI
Jom mula!!!
1. DEFINISI &
KONSEP
Kemahiran
komunikasi merupakan pemindahan maklumat dan makna daripada satu
pihak(penghantar) kepada pihak yang lain (penerima). Ini berlaku melalui
perbualan dan percakapan. Jika seseorang itu tidak mampu berbicara, bahasa
badan yang digunakan dan boleh diterjemahkan juga boleh dikategorikan sebagai
proses komunikasi.
2. PROSES KOMUNIKASI
Untuk memberikan
kefahaman yang lebih jelas kepada anda, saya telah sediakan satu rajah
bagaimana proses komunikasi ini berlaku.
PENGHANTAR --> ENKOD --> SALURAN --> DEKOD --> PENERIMA
MAKLUM BALAS: PENGHATAR + PENERIMA
PENGHANTAR --> ENKOD --> SALURAN --> DEKOD --> PENERIMA
MAKLUM BALAS: PENGHATAR + PENERIMA
Definisi penghantar, enkod, saluran, dekod, penerima, maklum
balas adalah:
Penghantar: Individu yang memulakan komunikasi
Enkod: Proses menterjemah maklumat dalam bentuk
simbol seperti perkataan atau suara supaya mudah difahami oleh penerima
Saluran: Medium yang digunakan sebagai alat
perantaraan untuk menghantar mesej daripada
penghantar kepada penerima seperti pembentangan.
Dekod: Penerima cuba memahami tulisan atau
gambar untuk memahami maksud mesej
Penerima: Sasaran individu atau kumpulan yang
akan menerima mesej
Maklumbalas: Tindak balas yang dihantar oleh
penerima kepada penghantar setelah mentafsir sesuatu maklumat. Penerima
mepumyai hak dan peluang untuk menyuarakan sama ada bersetuju atau tidak
bersetuju.
Sekiranya kita mahir dalam kemahiran
komunikasi, kita akan menguasai kemahiran-kemahiran lain seperti:
Kebolehan menyampaikan idea dengan terang,
berkesan dan dengan penuh yakin secara lisan dan bertulis.
Kebolehan mengamalkan kemahiran mendengar
yang aktif dan memberi maklum balas Kebolehan membuat pembentangan secara
jelas dengan penuh keyakinan dan bersesuaian dengan tahap pendengar
Kebolehan menggunakan teknologi dalam
berkomunikasi
Kemahiran
komunikasi boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu:
1. Pesanan verbal
2. Pesanan paraverbal
3. Pesanan bukan verbal
Pesanan verbal
|
Pesanan paraverbal
|
Pesanan bukan verbal
|
Pesanan yang disampaikan secara ringkas dan
tersusun, bebas daripada jargon dan tidak menimbulkan rintangan kepada
pendengar
|
Pesanan yang sampai melalui nada, intonasi dan suara
bukan apa perkataan yang kita sebut.
|
Pesanan yang sampai melalui mimik muka yang betul
serta gaya yang sesuai
|
3. KOMUNIKASI BERKESAN
Haaa,
macam mana kita nak tahu sama ada komunikasi kita berkesan ataupun tidak?
Baiklah, komunikasi berkesan akan memenenuhi ciri-ciri berikut:
Mesej yang disampaikan difahami dengan tepat dan jelas oleh
penerima
Makna mesej difahami
dan dikongsi bersama oleh penghantar dan penerima
Perubahan yang
berlaku (sekiranya dikehendaki) akibat mesej adalah seperti perubahan yang
dikehendaki pengguna Mesej yang disampaikan mempunyai unsur kos-efektif
4. JENIS-JENIS KOMUNIKASI
Komunikasi
boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu:
KOMUNIKASI LISAN – Komunikasi dengan kata-kata.
KOMUNIKASI BUKAN VERBAL – Komunikasi bukan lisan.
KOMUNIKASI BERTULIS – Komunikasi melalui penulisan.
|
PERBENDAHARAAN KATA
|
Kemampuan mengolah kata dan penguasaan perbendeharaan kata yang luas
sangat penting dalam komunikasi.
•Pemilihan perkataan yang tidak mempunyai erti jelas atau yang
samar-samar maksudnya boleh menimbulkan salah faham.
|
KELAJUAN
|
Pengaturan kelajuan berbicara yang baik (tidak terlalu cepat atau
lambat) akan menyebabkan komunikasi lebih efektif.
|
INTONASI
|
•Kemampuan memberikan intonasi yang tepat dan betul pada katakata
yang dipilih akan mempengaruhi erti mesej.
•Maksud mesej akan berbeza apabila diucapkan dengan intonasi yang
berbeza.
|
HUMOR
|
Kemampuan menyampaikan sesuatu mesej dalam bentuk humor dapat
mengurangkan beban penerima.
•Mesej tersebut akan menimbulkan suasana santai dan dapat diterima
baik oleh penerima.
|
SINGKAT DAN JELAS
|
Kemampuan menyampaikan isi mesej secara singkat dan jelas yang terus
kepada pokok masalah supaya senang difahami akan menghasilkan komunikasi yang
berkesan.
|
EKSPRESI WAJAH
|
Ekspresi wajah dapat menyebabkan komunikasi
Contoh:
~marah
~kecewa
|
|
EKSPRESI WAJAH
Ekspresi wajah dapat menyebabkan komunikasi menjadi
berkesan atau sebaliknya. Wajah sendiri merupakan sumber yang kaya dengan
komunikasi dan mencerminkan suasana hati & emosi seseorang.
PANDANGAN MATA
Ini merupakan isyarat ilmiah untuk berkomunikasi. Dengan
mengadakan pandangan mata sewaktu berinteraksi bererti orang tersebut
menghargai teman bicaranya dengan kemahuan untuk memerhatikan.
SENTUHAN
Beberapa mesej seperti perhatian, sokongan emosi, kasih
sayang atau simpati dapat diwujudkan dengan sentuhan.
GAYA TUBUH DAN GAYA BERJALAN
Posisi tubuh dan gaya berjalan memperlihatkan ekspresi
dirinya, mencerminkan emosinya, konsep diri dan tahap kesihatannya.
|
FAKTA
Pandangan yang didapati dari teoti-teori, prinsip,
falsafah dan ideologi merupakan bahan yang dapat penulis ilmiah gunakan sebagai
fakta.
GAYA
Pengetahuan tatabahasa & keupayaan menggunakan
perkataan yang tepat dan sesuai serta olahan bahasa yang menarik dapat
menghasilkan penulisan yang berkesan.
LARAS
Laras adalah penggunaan bahasa mengikut bidang-bidang yang
tertentu dan berdasarkan konteks dan situasi yang tertentu.
PENGOLAHAN
Pengolahan yang baik melibatkan penggunaan bahasa secara
berkesan,menggunakan format dan bentuk penulisan yang
ringkas,padat,mengalir,bersinambungan dan bertaut.
BAHASA
Bahasa yang digunakan ialah bahasa yang berasaskan
prinsipprinsip tatabahasa. Ia haruslah mudah dibaca, difahami dan dinikmati.
5. BENTUK-BENTUK KOMUNIKASI
Antara
bentuk-bentuk komunikais adalah:
KOMUNIKASI INTRAPERSONAL
KOMUNIKASI INTERPERSONAL
KOMUNIKASI
BERKUMPULAN
KOMUNIKASI
ORGANISASI
KOMUNIKASI AWAM
KOMUNIKASI SILANG
BUDAYA
KOMUNIKASI
BERASASKAN TEKNOLOGI
Komunikasi Intrapersonal
Definisi: berkomunikasi
secara bersendirian tanpa melibatkan orang lain. Semua ini berlaku dalam
fikiran individu.
Tujuan : i) Individu lebih memahami kelemahan
serta kelebihan dirinya sendiri.
ii) Memperkuat emosi
dari segi pemujukan, penerimaan dan pembangunan diri.
Komunikasi
Interpersonal
Definisi: Dua
individu terlibat dan saling menghasilkan serta menafsirkan maklumat.
Tujuan; i) Bertujuan membina hubungan sosial
atau mengukuhkan pertalian silaturrahim.
ii) Jalinan hubungan interpersonal yang
terbina dapat membentuk satu sistem sokongan sosial yang baik terutamanya dalam
situasi apabila individu menghadapi masalah.
Komunikasi Berkumpulan
Melibatkan lebih
daripada dua orang individu.
Komunikasi kumpulan kecil boleh melibatkan
kelompok sehingga 25 orang malah lebih lagi dalam satu kumpulan besar.
Ciri-cirinya ialah saiz kumpulan yang sesuai,
tingkat interaksi, peranan ahli, kesepakatan dan faham matlamat yang perlu
dicapai.
Komunikasi Organisasi
Dalam sebuah
organisasi terdapat kelompok kumpulan kecil yang bebas, berwibawa dan berpusat
di bawah suatu pemusatan kuasa yang lebih besar. Ia lebih rumit kerana
melibatkan jumlah yang sangat besar dan protokol yang tertentu pula.
Arah aliran
komunikasi
- Komunikasi atas
bawah: melibatkan pemakluman arahan, dasar, pengumuman serta tunjuk ajar
daripada pihak atasan kepada perigkat bawahan.
- Komunikasi bawah atas: melibatkan pula
misalnya maklum balas, aduanm perbincangan daripada pekerja bawahan kepada
pihak atasan.
- Komunikasi
mendatar: lebih berbentuk pengecilan jurang antara pekerja atasan dengan pekerja
bawahan. Kaedah komunikasi ini sering digunakan dalam sesebuah organisasi
seperti lawatan dari satu jabatan ke jabatan yang lain serta mesyuarat
jawatankuasa.
Komunikasi Awam
Melibatkan komunikasi
seorang komunikator dengan sejumlah besar pendengar atau dengan rujukan lain
sering disebut sebagai khalayak
Bentuk-bentuk pengucapan awam ialah
pengucapan awam yang bersifat informatif dan pengucapan awam yang bersifat
persuasif.
Jenis-jenis
PengucapanAwam
- Ucapan spontan: disampaikan tanpa sebarang
persediaan
. - Ucapan ekstemporan:
ucapan jenis ini kelihatan seperti ucapan spontan tetapi sebenarnya pengucap
telah bersedia terlebih awal dengan kandungan ucapan dan sebagainya. - Ucapan
manuskrip: dalam ucapan jenis ini penyampai membaca manuskrip ucapan yang telah
tersedia. Kaedah ini sering digunakan oleh orang kenamaan seperi Perdana
Menteri, Seri Paduka Baginda Yang di-PertuanAgong dan sebagainya.
- Ucapan Hafalan: ucapan begini lazimnya
ringkas dan bertujuan untuk melayan khalayak. Ia lebih bersifat pengacaraan
Komunikasi Silang
Budaya
Merupakan komunikasi
yang melibatkan individu daripada latar budaya yang pelbagai.
Halangan budaya bagi komunikasi silang
budaya;
- Bahasa atau mesej lisan: perbezaan
linguistik yang begitu ketara boleh menyulitkan sesuatu komunikasi.
- Bahasa atau mesej bukan lisan: terdapat
budaya bangsa yang kaya dengan bahasa bukan verbal. Hanya bangsa itu sahaja
mengamalkan bahasa verbal tersebut dan ini berbeza dengan budaya lain.
- Kesan etnosentrisme: etnorisme adalah
kecenderungan seseorang melihat bangsanya sendiri lebih baik dari bangsa lain.
Ini mewujudkan pelbagai andaian negatif terhadap kelompok suatu bangsa lain.
- Sterotaip:
kenyataan umum yang terbina melalui pemerhatian ciri yang lazim terhadap
sebilangan kecil kelompok suatu bangsa.
- Norma, resam & tuntutan moral: Kegiatan
yang melanggar norma masyarakat akan menerima risiko dikenakan hukuman
undang-undang yang berat dan jugak didiskriminasikan oleh masyarakat setempat,
begitu juga apabila berlakunya penyimpangan adat resam dan jika melanggar
tuntutan moral.
Komunikasi berasaskan
teknologi
Komunikasi berasaskan
teknologi adalah suatu bentuk komunikasi yang mana perantara utamanya ialah
perkakas teknologi yang menjadi kegunaan utama komunikasi manusia dewasa ini.
Teknologi komunikasi telah berperanan dalam
hubungan antara pemerintah dan masyarakat. Misalnya dengan adanya laman sosial
Facebook dan Twitter, politikus lebih mudah didekati, dan rakyat lebih mudah
menyampaikan pandangan & kritikan.
6. HALANGAN KOMUNIKASI
Halangan Persekitaran: komunikasi boleh terhalang sekiranya
keadaan persekitaran tidak sesuai atau tidak tenang.
Halangan Sikap Penghantar: penghantar yang bersikap
negatif akan menghalang kelancaran proses komunikasi dan memberi kesan kepada penerima
mesej.
Halangan Sikap Penerima: penerima yang mempunyai sikap dan
persepsi yang negatif terhadap penghantar dan mesej yang dihantar akan
menjejaskan keberkesanan komunikasi.
Halangan Bahasa:
penggunaan bahasa yang tidak sesuai dengan latar belakang, status, budaya,
pemahaman, tahap pendidikan penerima serta sebutan yang kurang jelas akan
menjadi suatu halangan komunikasi berkesan.
Halangan maklumat Kurang Tepat dan Jelas: akan
mengelirukan penerima.
DISEDIAKAN OLEH: NUR SYAFIHANIS BINTI SRAFI
DISEDIAKAN OLEH: NUR SYAFIHANIS BINTI SRAFI